surau

Sila klik..untuk mengetahui siapa penaja kami....

My Iklan from 1adscenter.net

Mangosteen for your healthy family

Mangosteen for your healthy family
buah manggis untuk kesihatan anda sekeluarga

Mainpage

Friday, May 29, 2009

40 kesilapan mendidik anak-anak

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996

hajat tak sampai

hmmm...kadang-kala tersenyum jugak melihat gelagat orang ni...ada yang melucukan dan ada juga yang sedih...semua tu lumrah dunia...ada yang duduk diatas dan ada yang duduk dibawah...tiap-tiap sesuatu yang berlaku tu mesti ada hikmahnya...tak semua yang kita hajati akan dapat...iyelah...katakan kita sedang mengayuh basikal...kalau lihat orang naik motosikal..mesti kita kata...untungnya kalau aku ada motosikal...

yang si motosikal pulak...bila lihat orang naik...kereta....untungnya kalau aku ada kereta...alasannya tak basah kalau hujan...

sekarang ni pula si proton waja kata...untungnya kalau aku ada honda...si honda pulak kata..untungnya kalau aku ada bmw...hehehe...orang kata ukur baju di badan sendiri..tak gitu tipah..tapi kalau ukur dibaju sendiri selalunya baju akan senget...

tengoklah gambar diatas...kesian...mungkin hajat nak beli moto tak sampai...modified beskal jadi moto pun jadilah...keh keh keh...

moral of the story...

"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

oleh itu kita jangan pandang sebelah mata bila melihat basikal seperti diatas..sebab itu daya usahanya sendiri....mesti dia bangga dengan usahanya itu..itu pasal parking tempat baik punya...

kita tinggalkan kisah basikal jadi moto tu...cuba lihat diri kita sendiri...sempurnakah kita...
cuba renungkan mutiara kata seperti dibawah ini...

"Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

yang selebihnya itu..kita fikirkan lah bersama...tiap-tiap hari yang mendatang itu apakah pengisian yang kita buat...amalan kita...tugas seharian kita...keluarga kita...dan orang disekeliling kita.

Thursday, May 28, 2009

Fakta ringkas mengenai produk Charge Gold-Mangosteen

Assalamualaikum saya ucapkan sebagai pembuka bicara saya...semasa saya cuba perkenalkan produk Charge Gold-Mangosteen...ada banyak persoalan yang ditanyakan tentang produk ni...memanglah adat orang orang berniaga...kalau nak perkenalkan sesuatu produk...banyak persoalan yang akan diajukan kepadanya...bukan senang nak keluarkan duit dari poket orang tapi senang keluar duit dari poket sendiri...betul tak bro...hehehe...ialah ada pepatah menyatakan...bukan senang NAK JADI SENANG TAPI SENANG NAK JADI SUSAH...

adakalanya saya terfikir tentang apakah stategi saya untuk mengatasinya...iyelah yang pipih tak datang melayang...yang bulat tak datang bergolek...kalau ada yang datang bergolek...silap-silap kita yang tergolek...contohnya 4D...hehehe...mintak simpang la...nak cari rezeki halal buat kita anak bini...mesti la dari sumber yang halal...betulkan kawan-kawan...

Disini saya ringkaskan serba sedikit tentang apa itu produk Charge Gold-Mangosteen...mengikut kefahaman saya...

1. Produk tu 100% keluaran bumiputera dan adalah satu-satunya produk Jus Manggis
HALAL keluaran Bumiputera pertama di dalam Malaysia. Produk ini juga diiktiraf
oleh Good Manufacture Product (GMP) dan disijilkan daripada HACCP.

2. Dari sini dah tentu status halalnya terjamin.

3. Kandungan Charge Gold-Mangosteen adalah kombinasi 10 sumber semulajadi ANTIOKSIDA
yang di kaji rapi dan secara khusus khasiatnya antaranya adalah:-

* Ekstrak Manggis
* Ekstrak Buah Goji ( buah delima )
* Acaiberry
* Ekstrak Biji Anggur
* Ekstrak Puri Blackberry
* Pomergranate
* Blueberry
* Cranberry
* Strawberry

4. Kandungan Charge Gold-Mangosteen kaya dengan khasiat berikut:-

* Vitamin B Kompleks (B1, B2, B3, B6, B12)
* Vitamin E dan C
* Beta Kerotine
* Lysine
* Choline Bitatrate
* Niacin
* Taurine
* Gluroctane
* Gluthione
* L-Argine
* Maltodextrin
* Dextros
* Monohydrate
* Fructose
* Potasium Sorbate

4. Kajian terkini melalui sains berjaya membuktikan khasiat dan kelebihan buah
manggis. Di dalam buah manggis, terdapat lebih dari 40 jenis xanthone dan
merupakan jumlah yang terbanyak dikalangan buah-buahan.

5.Selain anti-oksida, buah manggis juga berfaedah sebagai antibakteria, anti-kanser,
anti-radang malah warna uggu yang terdapat dari buah manggis juga mempunyai
khasiat tersendiri.

6. "APA ITU PENGOKSIDAAN??"....Pengoksidaan merupakan proses berbahaya yang berlaku
setiap masa dan setiap hari dalam tubuh kita sama seperti proses yang berlaku dan
menyebabkan karat pada besi. Proses pengoksidaan ini juga kebiasaannya disebut
sebagai penuaan.

Disini saya sertakan alamatnya sebagai rujukan;

Charge Two U Biz Resources
CHARGE NETWORKING SDN. BHD.
BOTANICAL MANUFACTURES SDN. BHD.
Alamat: Lot 99, Jalan KIP 9, Taman Perindustrian KIP, Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur
Telefon : 03-62775882
Fax: 03-60382357
Email : charge@mesramail.com


Charge Gold-Mangosteen memberikan pertahanan antioksidan berasaskan tumbuhan dan mengandungi berbagai-bagai fitonutrien termasuk xantona yang bertindak untuk melindungi badan di peringkat sel.* Sumber antioksidan yang paling kaya ialah kulit manggis dan isinya. Antara produk manggis popular yang telah kami uji dengan mengekstrakkan kulitnya, kami mendapati bahawa Charge Gold-Mangosteen mengandungi tahap xantona semula jadi yang paling tinggi. Tiada mana-mana produk manggis yang mempunyai tahap xantona yang menandingi Charge Gold-Mangosteen

Kelebihan Charge Gold-Mangosteen tidak memberikan sebarang implikasi yang buruk kepada tubuh seseorang jika diambil berlebihan.

CARA PENGAMBILAN CHARGE GOLD-MANGOSTEEN

1. Pengguna harus mengambil sekurang-kurangnya 1 botol sehari.
2. Produk ini hendaklah diminum 15 minit sebelum sarapan.
3. Penasihat perubatan kami mencadangkan agar ianya diambil selama selama 90 hari
( 3 bulan ) berturut-turut.
4. Selepas pada tempoh itu, ianya boleh diambil secara berselang-seli.
5. Sesuai untuk dewasa, veteran, lelaki, perempuan dan kanak-kanak
(12 tahun keatas)
6. Tidak digalakkan kepada perempuan mengandung jika diambil secara berlebihan.

Kebaikan CHARGE MANGOESTEEN Pada Diri Kita.

1. Meneutralkan radikal bebas (benda asing) didalam badan kita
2. Membebaskan diri anda dari serangan toksid dan barah
3. Menambah system perlindungan badan dari serangan penyakit.
4. Menghasilkan kulit badan sihat dan cantik serrta halus.
5. Memperlahan usia penampilan tua diri anda (Anti-penuaan)
6. Kajian pasaran produk minuman ini yang berkualiti tinggi zat, rasanya dan
kebaikannya
7. Kajian pasaran produk ini yang pertama dipasaran dikeluarkan oleh pengusaha
MUSLIM. Tiada ragu-ragu.
8. Kajian pasaran produk ini juga diminati ramai oleh golongan remaja kerana mutu
rasanya yang lazat.
9. PELUANG untuk menambah pendapatan sampingan.


Itulah serba sedikit tentang produk Charge Gold-Mangosteen..anda berminat!!!!!

bolehlah klik dibawah ini...InsyaALLAH...mungkin peluang rezeki anda disini..




Wednesday, May 27, 2009

Khasiat buah manggis untuk kesihatan

Meneroka rahsia alam yang tertinggal sepi. Gelaran RATU buah ada sesuatu yang tersembunyi yang tidak digunakan didalam kehidupan seharian kita. Di sebalik kejadian rupa yang gelap dan buruk tersembunyi 1001 rahsia perubatan yang amat menakjubkan. MANGGIS Ratu buah “Anugerah Agong” dari Pencipta kepada kita.


Kesihatan yang baik adalah modal kita untuk meneruskan kehidupan ini. Peliharalah nikmat ini sementara ianya masih ada dan bersyukurlah. Berbaktilah kepada mereka disekeliling kita yang memerlukan nikmat kesihatan.

Buah manggis adalah buah bermusim dengan kulitnya berwarna unggu dan isi berwarna putih serta rasanya yang amat sedap. Kajian terkini melalui sains berjaya membuktikan khasiat dan kelebihan buah manggis lebih dari itu dengan penemuan sejenis bahan aktif di dalam buah manggis yang dikenali sebagai xanthone.


Xanthone ialah suatu bahan kimia aktif dengan strukturnya yang terdiri daripada jejari 3- cecincin dan ini menjadikannya sangat stabil ketika berada dalam badan. Struktur ini turut menjadikannya sangat stabil dalam pelbagai keadaan samaada panas atau sejuk. Terdapat lebih dari 40 jenis xanthone dalam buah manggis dan merupakan yang terbanyak.

Bagaimana Khasiat Manggis membantu merawat penyakit?

Khasiat terbaik dari manggis ialah xanthone. Ianya bersifat anti-oksida. Pengoksidaan merupakan proses berbahaya yang berlaku setiap masa dan setiap hari dalam tubuh kita sama seperti proses yang berlaku dan menyebabkan karat pada besi. Proses pengoksidaan ini juga kebiasaannya disebut sebagai penuaan.

Xanthone akan melindungi sel dan mengurangkan kerosakan pada sel terutamanya akibat serangan radikal bebas.




Selain anti-oksida, buah manggis juga berfaedah sebagai antibakteria, anti-kanser, anti-radang malah warna unggu yang terdapat dari buah manggis juga mempunyai khasiat tersendiri.

Tekanan oksidatif adalah satu keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan tubuh untuk meneutralkannya. Akibatnya, peningkatan proses pengoksidaan sel-sel tubuh normal menjadi semakin tinggi dan menimbulkan kerosakan yang lebih banyak.

Penulisan perubatan membuktikan bahwa tekanan oksidatif adalah penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung, alzheimer, dan lain-lain. Tekanan oksidatif ini dapat dicegah dan dikurangi dengan pengambilan antioksidan yang cukup dan optimal ke dalam tubuh.

Apa itu Radikal Bebas?

Radikal bebas ialah bendasing yang wujud didalam sel-sel badan kita disebabkan faktor-faktor pemakanan dan cara kehidupan kita yang terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih. Sekiranya radikal bebas ini wujud secara berlebihan didalam badan kita, maka ianya akan menyebabkan badan kita terdedah kepada serangan penyakit dan menjadikan kita lemah.

Sekiranya radikal bebas ini wujud terlampau banyak, maka simptom-simptom kanser akan membesar dan merosakkan fungsi badan kita. Kanser yang tidak dapat dikesan pada peringkat awal adalah dicatat sebagai 'pembunuh senyap' di negara ini. Radikal bebas ini juga dikenali sebagai toksid. Radikal bebas hanya boleh dinyahkan daripada badan kita dengan kelebihan Xanthone yang terdapat dalam Charge Gold-Mangosteen!.

Kebaikan CHARGE MANGOESTEEN Pada Diri Kita.

  1. Meneutralkan radikal bebas (benda asing) didalam badan kita
  2. Membebaskan diri anda dari serangan toksid dan barah
  3. Menambah system perlindungan badan dari serangan penyakit.
  4. Menghasilkan kulit badan sihat dan cantik serrta halus.
  5. Memperlahan usia penampilan tua diri anda (Anti-penuaan)
  6. Kajian pasaran produk minuman ini yang berkualiti tinggi zat, rasanya dan kebaikannya
  7. Kajian pasaran produk ini yang pertama dipasaran dikeluarkan oleh pengusaha MUSLIM. Tiada ragu-ragu.
  8. Kajian pasaran produk ini juga diminati ramai oleh golongan remaja kerana mutu rasanya yang lazat.
  9. PELUANG untuk menambah pendapatan sampingan.

Monday, May 25, 2009

cuti-cuti gi Melaka...

Baru-baru ni saya sekeluarga berkesempatan berkunjung ke melaka...negeri yang penuh dengan warisan sejarah...walaupun sehari...tetapi ada juga benda menarik yang saya dapat lihat disana...hmmm seperti taman mini asean...ok la...walau ada tempat yg sudah rosak...

hehehe...lihat saja lah gelagat anak saya ni...tiap-tiap rumah yang dia naik...mesti buka tudung saji......abah....tak nampak ape pun...itulah ayat yang keluar dari mulut dia setiap kali buka tudung saji...


ni pulak tengah main alat muzik tradisional bersama my wife...hmmm nama alat tu lupa..hehehe...sebab tiap-tiap hari dengar cd mengaji...lagu yang keluar pun macam ngaji jugak...
lagu alif ba ta sampai hamzah ya...mudah-mudahan jadi anak yang solehah...Amin....



kami pergi bersama keluarga yang datang dari perak...gambar ni diambil dekat taman botanikal..ingat nak masuk aquaria...rupa-rupanya aquaria nya sebesar akurium..(hehehe..kecik rupanya..ingat boleh jalan-jalan kat dalam sampai penat)..tapi kami tak masuk pun..rasa macam tertipu...papan tanda punyalah besar...tapi yang penting enjoyy...
ni satu lagi penemuan baru....sebelum ni...banyak kali tengok kereta yang pernah digunakan oleh bapak kemerdekaan malaysia...tetapi tak tahu pun kereta ni unik...itu pun abang beca yang bagitahu...bayar RM20.00 semua bab sejarah dia buka...

hmmm...cantik jugak kereta ni...kalau ada lagi sekarang...berapa harganya...


Cuba perhatikan betul-betul...tempat isi minyaknya tersorok...ni kalau bawak keta ni...sure pening cari tempat nak isi minyak...

Gambar dibawah ni saya tunjukkan perbezaan dulu dan sekarang...

amacam ada beza tak.....itulah sejarah...tiap-tiap sejarah tidak boleh ditokok tambah...yang asli itulah sejarah.....ada lagi...

hmm...terima kasih pada sahabat saya yang meng emailkan gambar tersebut...saya pun tak tahu dia dapat dari mana....tetapi bagus untuk kita kongsikan bersama...

gambar di bawah ni adalah pokok melaka....rasa buahnya pahit...tapi bagus untuk rawat sakit buah pinggang...abang beca tu cakap...lagi satu dia kata di india diaorang buat jus buah melaka

Malam tu sebelum balik...kami semua pekena asam pedas claypot...tapi saya order yang lain...my wife dan adik saya order asam pedas claypot...tapi sambil-sambil tu...hulur jugak sudu nak rasa...pedas sikit...tapi diaorang cakap sedap...ikut cita rasa masing-masing...

Saturday, May 23, 2009

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba- hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

" Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

sendal gusi

5 Syarat nak buat maksiat



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Monday, May 18, 2009

panduan untuk solat kembali

Semasa zaman belajar dulu, saya ada seorang kawan baik.
Saya rasa tak perlulah saya dedahkan namanya. Biarlah ia
menjadi rahsia saja.

Kawan saya tu dari segi perwatakannya dan juga sikapnya memang
wajar dipuji. Dia pandai bergaul dengan orang lain. Sangat baik dengan
kawan-kawannya. Dan seorang yang prihatin kepada alam sekitar.
Pendek kata, dia amat mudah didekati dan mesra dengan semua orang.

Cuma ada satu masalah dia. Dia ni liat sikit nak solat. Jangan kata
solat sunat, solat 5 waktu sehari semalam pun dia tak buat. Malah
solat jumaat yang seminggu sekali tu pun, dia hanya buat setelah
diajak berulang kali.

solat

Saya pernah juga beberapa kali tegur dan nasihat dia. Tapi macam
biasa la, dia buat dengar tak dengar jer. Kadang-kadang tu, kalau
kita ajak dia solat, dia hanya senyum kambing jer. Sambil senyum tu
dia boleh cakap pulak kat saya ; “hang sembahyang untuk aku jer la”

Aduh, liat sungguh nak solat…

OK, khusus kepada kawan saya tu,juga untuk mengingatkan diri saya
sendiri dan juga para pembaca blog , berikut ini saya
kongsikan satu artikel tentang panduan teknik bagaimana untuk
memulakan kembali solat setelah mungkin sekian lama kita tidak
melakukannya. Moga-moga dengan panduan ini, maka dapatlah kita
mula menunaikan kembali kewajipan paling asas dalam ajaran Islam ini.

SOLATLAH SEBELUM KAMU DISOLATKAN!!!

Berikut ini panduan yang boleh diamalkan bagi memastikan kita
dapat menunaikan tanggungjawab solat yang telah difardhukan atas
setiap orang Islam.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal
solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa
yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan
solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah
tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan
sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik.
Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi
rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya
untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE -

Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata
peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan
dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan
yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan
bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib

Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan
keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan
mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah
kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda
pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila
terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan

solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja
yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya
menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini
mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sama-samalah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.

Sekian.

Sunday, May 17, 2009

Rini Homestay

Rini HOmestay…kemudahan kediaman anda sekeluarga
Jom…JALAN-JALAN.


Singgahlah ke RINI HOMESTAY, 10 minit dari UTM.

Bawalah keluarga anda berehat dan bersantai ke teratak kami:



RINI HOMESTAY

6, JALAN BAKTI 34, TMN MUTIARA RINI,

81300 SKUDAI, JOHOR D.TAKZIM

Tel: 017-7066 401 (Pn. Azura)


Kemudahan: single storey terece house, 4 bilik, 3bilik air, tinted s/door, bell,

grill, kipas, lampu, katil, sofa, meja makan, tv, p.sejuk, dapur & mini cafe

lain-lain perkhidmatan yang disediakan

1) ALPHA FORCE SECURITY - En.Mat Nor 017-7061 326
2) TEKSI - En. Hamdan 019-7302 384
3) KLINIK MUTIARA RINI - Dr Jalia 07-5576 548
4) MECHANIC - Pak Ali 012-7762 720
5) NAJMAH CATERING - Pn.Najmah 019-7868 559 @ 07-5589 293

APA LAGI?


Air Cond dan juga Astro juga ada disediakan…

Khidmat catering & Teksi ke rumah & 24 jam security guard.

Harga: Standard & package pun ada & “TERTAKLUK KEPADA CALENDAR UTM”.

Standard: 2D/1N – RM250.00

Package: 3D/2N- RM220.00 @ P/NIGHT


Deposit: boleh dibincangkan


Anda ingin berjalan-jalan???
jaraknya 2KM ke masjid, 3KM ke JUSCO, 4KM
ke GIANT, 5KM ke UTM & 15KM ke DANGA BAY


Segalanya ada di sini…..

Terima Kasih anda sekeluarga, datang lagi


weet kitchen and washing machine




hall





jika ada sebarang pertanyaan...sila tinggalkan pesan dibahagian comment...insyaALLAH..kami akan jawab secepat mungkin..sila klik disini

atau untuk lebih mudah..isi sahaja form dibahagian Tanya@Myopinion...dan kami akan respon secepat mungkin..terima kasih.

Saturday, May 16, 2009

Interview

Frequently asked interview questions


lf you've attended a lot of job interviews, you’ll relise that most interviewers ask the same questions and expect exactly the same answers! That's because most of them have mindsets and if your answers fit within the 'cliched' mindset, the job most probably will be yours. Here are frequently asked interview questions along with the 'ideal' answers.


1. "Tell me something about yourself."


ldeal Answer: lt's time to make a brief but systematic statement which highlights

your education, professional achievements, future goals and also covers a

description of your qualifications for the job and potential contributions you could

make to the organization.


2. "You want to work here because..."


ldeal Answer: Work up a little enthusiasm and unless you're in sales, don't say

'money'! Show the interviewer your interest in the company. Share what you learned about the job, the company and the industry through your own research. Talk about how your professional skills will benefit the company.


3. "What are your best skills?"


ldeal Answer: lf you have sufficiently researched the organization, you should be

able to imagine what skills the company values. List them. Then give examples

where you have demonstrated these skills.


4. "What is your major weakness?"


ldeal Answer: Be positive; turn a weakness into strength. For example, you might

say: "l often worry too much over my work. Sometimes I work late to make sure the job is done well."


5. "How do you prefer to work - by yourself or with others?"


ldeal Answer: Flexibility is the key, but if you'd rather be honest, go ahead. Give

examples describing how you have worked in both situations.

6. "What are your career aspirations?"

ldeal Answer: Answer this one with caution as your interview is comparing your

plans and the company's goals, to see if the twain meets. Let him know that you are ambitious enough to plan ahead. Talk about your desire to learn more and improve your performance, and be specific as possible about how you will meet the goals you have set for yourself.


7. "What are your interests other than work?"


ldeal Answer: Your interviewer is obviously looking for signs of skills outside of your professional experience. For example, hobbies such as chess or bridge demonstrate analytical skills. Reading, music, and painting are creative hobbies. Individual sports show determination and stamina, while group sport activities may indicate you are comfortable working as part of a team. He/she may also be curious to ascertain whether you have a life outside of work. The common observation is that those with a creative or athletic outlet for stress tend to be more pleasant and more productive.


8. "What salary do you expect?"


ldeal Answer: Before going for the interview, find out the cunent salary range is for the profession. Talk to people in the profession and get an estimate. Negotiate for the best package. Try not to answer this one with a figure. You could ask the interviewer what he is planning to pay the best candidate. Let the employer make the first otfer and then if it is not good enough, make a quote.


9. "ls There Something I Have Forgotten To Ask You?"


ldeal Answer: Use this as a chance to summarize your good characteristics and

attributes and how they may be used to benefit the organization. Convince the

interviewer that you understand the job requirements and that you can succeed.


link to download Frequently asked interview questions document


...maybe you interesting about this interview article and want more...hmmm...saya boleh emailkan....


apa yang perlu anda buat adalah isi sahaja diruangan Tanya@Myopinion


insyaALLAH saya akan emailkan pada anda secepat mungkin...kenapa...sebab baru-baru ini saya menghadiri kursus...dan saya tertarik ttg tajuk interview...mungkin bagus saya kongsikan bersama anda...artikel ini saya copy dan save dalam bentuk fail pdf...


link untuk mereka yg telah hantar email pada saya



Friday, May 15, 2009

selsema_babi

Saya tertarik dengan artikel mengenai Sebab Allah haramkan babi yg disiarkan di dlm utusan malaysia...mungkin ini satu pengajaran yang berguna kepada semua...


Soalan
Islam telah mengharamkan umatnya daripada memakan daging babi, apakah falsafahnya dan bagaimana ia boleh dikongsi dengan orang lain?

Jawapan

Sejak manusia pertama dijadikan sudah diperintahkan agar tidak memakan daging babi. Falsafahnya Allah SWT sukakan yang baik dan menyuruh manusia pilih yang baik. Oleh yang demikian Allah SWT melarang umat manusia daripada memakan perkara yang boleh mengundang mudarat kepada jiwa dan raga.

Setiap suatu yang ditegah daripada memakannya pasti ada sebab musababnya. Allah SWT tidak menjadi suatu itu haram, melainkan ada mudaratnya dan menjadikan sesuatu itu halal pasti ada manfaatnya.

Wabak yang sedang hebat menular dan berjangkit tanpa memberitahu kepada mangsa. Influenza A (H1N1) yang menjadi pembunuh senyap yang memulakan operasinya di Mexico kini sudah sampai ke negara jiran, Thailand.

Sebelum ini masyarakat Malaysia hanya menatap dan membaca serta mendengar mengenai virus ini di samping meluahkan rasa simpati kepada mangsa. Itu dua minggu lepas tetapi hari ini sudah berada tidak jauh dari rumah kita (Malaysia).

Seperti mana yang difahamkan oleh para saintis dan pakar-pakar perubatan bahawa virus ini merebak melalui udara, tidak semestinya di kampung kita ada babi baru boleh kena. Babi tak ada pun boleh kena, ini kerana udara yang membawanya.

Virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Persoalannya bagaimana manusia dijangkiti virus ini?

Jawapannya, manusia selalunya dijangkiti Influenza A (H1N1) melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus ini.

Namun ada juga kes yang dicatatkan di mana manusia yang dijangkiti virus ini tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan babi atau tiada kaitan dengan persekitarannya. Virus ini juga boleh berjangkit melalui manusia. Kalau begitu keadaannya, penyakit ini sudah ada vaksinnya? Jawapannya, setakat ini tiada vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus ini.

Islam mempunyai penyelesaiannya, Allah SWT yang menjadikan manusia dan yang menjadikan selain manusia telah mengharamkan secara qatie (pasti) bahawa daging babi tidak boleh dimakan.

Firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173).

Ulasan Sayyid Qutub menarik minat saya untuk dikongsikan di sini, beliau menjelaskan: “Adapun persoalan mengenai memakan daging babi diperdebatkan oleh sekumpulan manusia... babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya.

Cacing yang sangat berbahaya

“Sedang manusia lupa bahawa ilmu mereka memerlukan tempoh yang cukup lama untuk mengesan satu kemudaratan daripadanya. Dalam masa yang sama siapa pula yang berani mendakwa tiada mudarat-mudarat lain yang membiak dan aktif dalam daging babi sedang belum diketahui oleh mereka yang bergelar pakar. Maka tidakkah mereka melihat bagaimana syariat Allah SWT mendahului kepakaran manusia sebelum puluhan kurun?” ( Sayyid Qutub, jld:1, hlm: 156).

Larangan ini juga termasuk menyentuh atau memegang binatang tersebut. Dunia perubatan pada hari ini telah membuktikan bahawa di dalam daging babi, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat berbahaya (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.

Inilah hikmah pengharaman ke atas binatang tersebut. Di sini telah terbukti betapa agungnya syariat Allah SWT yang mendahului ilmu pengetahuan manusia.

Dalam surah yang sama Allah SWT mengajak manusia keseluruhannya supaya makan makanan yang halal lagi baik, firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168).

Seruan “Wahai manusia”, dalam ayat di atas memperlihatkan bahawa Allah SWT yang Maha Agung Pencipta segala sesuatu yang bersifat Rahman, menyeru agar siapa sahaja dia sama ada mukmin mahu pun kafir, Dialah Pencipta mereka dan Dialah yang menunjukkan kepada manusia yang mana harus dimakan dan yang mana tidak boleh dimakan.

Dan makanan yang dimakan itu mestilah sifatnya halal dan baik. Halal dari sudut hukum dan baik dari sudut zatnya.

Anehnya manusia suka mendekati yang haram yang jelas mendatangkan mudarat sedangkan yang halal cukup banyak. Ingatlah yang haram hanyalah sedikit dan yang halal itu tidak terhitung oleh manusia.

Thursday, May 14, 2009

Resepi pilihanku

Dibawah ini adalah link untuk anda download...hmmm selamat mencuba

1.Kuih-muih tradisional

Wednesday, May 13, 2009

Panduan cara kira waktu subur

Sebelum ini saya ada berkongsi beberapa artikel tentang tips dan panduan kehamilan, cara untuk cepat mengandung, petua mudah mengandung, cara kira waktu subur, artikel tentang kitaran haid, dan segala macam permasalah tentang mengandung dan kehamilan di dalam blog ini.

Sejak dari hari itu, saya telah menerima beratus-ratus email dari para pembaca yang bertanyakan bermacam-macam soalan kepada saya.

Mereka ajukan pelbagai soalan seolah-olah saya ni adalah pakar sakit puan pula. Hakikatnya saya ni orang biasa saja. Lelaki pulak tu. Manalah saya tau sangat tentang hal-hal kesuburan dan kehamilan ni. huhu…


Panduan Cara Kira Waktu Subur

May 14, 2009 By: PakarHowTo Category: Panduan

Sebelum ini saya ada berkongsi beberapa artikel tentang tips dan panduan kehamilan, cara untuk cepat mengandung, petua mudah mengandung, cara kira waktu subur, artikel tentang kitaran haid, dan segala macam permasalah tentang mengandung dan kehamilan di dalam blog ini.

Sejak dari hari itu, saya telah menerima beratus-ratus email dari para pembaca yang bertanyakan bermacam-macam soalan kepada saya.

Mereka ajukan pelbagai soalan seolah-olah saya ni adalah pakar sakit puan pula. Hakikatnya saya ni orang biasa saja. Lelaki pulak tu. Manalah saya tau sangat tentang hal-hal kesuburan dan kehamilan ni. huhu…

Paling banyak saya terima email adalah yang bertanyakan tentang bagaimana untuk mengira waktu subur. Ramai diantara mereka yang meminta saya tolong kirakan bilakah waktu subur mereka. Sedangkan sebelum ini, saya dah kongsikan 1 artikel di blog ini yang menerangkan bagaimanakah nak buat kiraan waktu subur. Namun, mereka tetap terus menghantar email kepada saya dan meminta saya tolong kirakan waktu subur mereka.

Oleh kerana saya terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan sebelum ini, saya tidak dapat menjawab semua email yang diberikan. Hanya yang sempat jer saya reply. Yang lain, saya minta maaf banyak sebab tak dapat nak jawab. Bukan sengaja tak nak jawab, tapi saya memang betul-betul tak menang tangan. Harap faham keadaan saya yer.

Mengenai cara bagaimana untuk mengira waktu subur tu. Baru-baru ini, saya telah terjumpa 1 laman web yang menyediakan service membuat kiraan waktu subur secara automatik. Apa yang perlu dilakukan ialah, hanya memasukkan beberapa maklumat ke dalam borang yang disediakan. Pastu tekan buttton, dan beberapa saat kemudian, anda akan dapat tahu bilakah waktu subur anda. Memang mudah sekali.

Semua kiraan dilakukan secara automatik oleh web berkenaan. Web tu siap kira waktu subur sehingga 6 bulan yang akan datang. Memang mudah dan bagus untuk mereka-mereka yang ingin mengetahui bilakah waktu subur.

Jadi, sekarang saya akan mengajar anda bagaimana untuk mengira waktu subur dengan mudah melalui laman web berkenaan.

Klik sini untuk download panduan yang saya sediakan.

Sunday, May 10, 2009

7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.